Rabu, 11 Mei 2011

Rasa Hilang Batu Yang Dipikul

Dah lama tak update blog ni kerana sibuk dengan kerja dan juga pelajaran.Hari ni aku rasa semua yang dipikul selama beberapa minggu hilang seperti membuang batu besar yang ada atas kepala.Tapi mungkin ini hanya sementara kerana perjalanan hidup masih panjang.

Dalam tiga minggu ni sibuk dengan peperiksaan.Semester ini aku mengambil subjek Sistem Elektronik,Statistik dan Teknologi Elektrik.Sistem Elektronik tak lah berapa susah kerana adalah sedikit tip-tip dari Doktor iaitu pensyarah yang mengajar.Statistik dan juga Teknologi Elektrik yang menjadi masalah kerana semuanya kena belajar disebabkan tiada tips.Disaat akhir subjek Statistik dapat juga aku cover tapi Teknologi Elektrik,sampai final exam tak boleh buat.

Belajar secara part time macam aku, inilah cabarannya.Bila kena cover semua bab dan nak ingat semua step pengiraan dah jadi buntu.Apa tidak nya,masalah kerja pun kena fikir, tiap kali nak belajar anak pulak buat hal dan banyak lagi.

Apa-apa pun semangat aku untuk terus belajar masih kuat.Dengan dorongan isteri aku harap semangat ini tidak akan hilang.Aku mahu terus mengejar segulung ijazah untuk memberi motivasi berpanjangan pada anak-anak bahawa ilmu harus dicari walau bagaimana cara sekali pun.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan