Sabtu, 29 Januari 2011

Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011


Kelantan telah memulakan langkah kanan liga Malaysia apabila menjuarai  Piala Sumbangsih buat kali pertama sepanjang tempoh 26 tahun setelah mengalahkan pasukan Selangor 2 gol tanpa balas.

Agak hairan melihat aksi Selangor yang begitu hambar walaupun dibarisi ramai pemain-pemain kebangsaan.Pada kebiasaanya jika Selangor dan Kelantan berentap, kedua-dua pasukan ini akan memberi aksi yang cukup menghairahkan apabila kedua-dua pasukan sering melakukan serangan dan gerakan yang pantas tetapi tidak pada aksi ini.Mungkin situasi tertekan yang dialami oleh pasukan Selangor apabila bermain di tempat sendiri dan ingin mengekalkan status juara bertahan sehinggakan permainan pasukan Selangor agak kucar kacir.

Pasukan Kelantan telah menutup kalender bola sepak Malaysia dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia pada tahun lepas(2010) dan memulakan dengan penuh bergaya pada tahun 2011 apabila menewaskan pasukan Selangor seterusnya menjulang Piala Sumbangsih yang akan di bawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Jaringan Norsharul Idlan Talaha menerusi sepakan Penalti telah menaikkan semangat pasukan Kelantan ditambah pula jaringan kedua yang cantik oleh Badri Razi (Piya).Selain itu juga penjaga gawang pasukan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat dinobatkan selaku permain terbaik perlawanan berdasarkan ketangkasan beliau menjaga gawang daripada dibolosi pihak lawan.

Walaupun dilanda pelbagai masalah disaat-saat akhir, Pasukan Kelantan masih mampu menghadiahkan kejayaan dan piala kepada seluruh penyokong dan rakyat Kelantan.Tahniah diucapkan pada Datuk M Karathu, jurulatih Kelantan yang baru walaupun 2 hari bersama pasukan Kelantan, Kelantan mampu jadi juara dan mungkin piala Sumbangsih ini adalah yang paling bermakna dan manis sepanjang menjadi jurulatih

Mengikut pepatah  Kelantan "Oghe Kelate Bako Brani, Tidak Akan Menyerah Kalah Walaupun Tertumpah Darah Menyentuh Bumi"

Ole,,,, ole,,,,,ole........Ole.....
Gomo Kelate Gomo
Gol gol Gol....

Piala Sumbangsih 2011


Piala Sumbangsih tahun 2011 akan menemukan pasukan Kelantan dan Selangor di Stadium Shah Alam malam ini.Selangor adalah pasukan yang kuat dengan dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman dan mempunyai 6 pemain kebangsaan yang membawa pulang Piala Suzuki AFF pada tahun lalu berbanding Kelantan yang hanya mempunyai 2 pemain iaitu Nor Sharul Idlan Talaha (penyerang) dan Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol).Beraksi buat kali pertama Piala Sumbangsih,Pasukan dan penyokong Kelantan pastinya yang paling teruja dan ingin membawa satu lagi piala ke bumi Cik Siti Wan Kembang.

Bagi penyokong Kelantan, keresahan timbul apabila 5 tonggak utama musim lalu Indra Putra,Farhan,Azizi,Akmal Rizal dan Hiruddin telah berhijrah ke pasukan lain.Mungkin dengan ketiadaan mereka disaat-saat akhir boleh menjejaskan pasukan.Namun dengan kehadiran pemain seperti Khalid Jamlus,Wan Rohaimi dan K Solay mengubati sedikit keresahan peminat.Bukan setakat itu saja, Kelantan tambah derita apabila ketua jurulatih B Sathianathan pula digantung 6 bulan gara-gara mengeluarkan kenyataan di akhbar dan terpaksa melepaskan jawatan sebagai jurulatih.

Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa telah mengambil pendekatan alternatif dengan menjemput Datuk M Karathu sebagai jurulatih pasukan Kelantan yang baru mengantikan B Sathianathan.Jika jurulatih tidak didaftarkan sebelum  perlawanan Kelantan dan Selangor pihak FAM boleh membatalkan perlawanan dengan alasan pasukan Kelantan tidak memenuhi syarat pertandingan.

Hanya berbekal dua hari Datuk M Karathu membimbing pasukan Kelantan, bolehkah Kelantan buat kejutan di Stadium Shah Alam nanti.Kalau mengikut rekod perlawanan persahabatan pra musim,pasukan Kelantan hanya memenagi 2 perlawanan terakhir apabila menewaskan Perlis 2-0, Pualau Pinang 4-0 dan yang lain-lain tewas termasuklah tewas kepada pasukan kerdil seperti USM.

Perlawanan malam ini diharapkan tiada insiden seperti tahun lepas apabila penyong Kelantan dan Selangor bergaduh sehinggakan membawa maut.Diharapkan pihak berkuasa seperti Polis dan FRU dapat mengawal keadaan dengan baik agar insiden seperti dulu tidak akan berulang lagi.

Selasa, 25 Januari 2011

Adakah Kiamat pada 2012









Semalam ada seorang eksekutif ada menceritakan tentang kaum maya yang sebelum ini aku sendiri pun tak tahu apakah sebenarnya kaum maya.Disebabkan tertarik dengan cerita itu,aku terus mencari sumber untuk dikongsikan bersama dengan kawan-kawan.Fakta penemuan telah ditemui Kalamnurani.com bagi menyiapkan karya 2012 Di Ambang Amargeddon.Ada 20 perkara pelik,aneh,misteri dan ada yang menceritakan tanda-tanda  akhir zaman yang ditelah diceritakan oleh Al-Quran dan Hadith.


  1. 2012 arahan Roland Emmerich bukanlah satu-satunya filem Bolkbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For  Souls arahan Micheal Bay  (pengarah filem Transfomers) menanti atau ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya. Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens, dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya ini?
  2. Dalam filem 2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut.
  3. Yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
  4. Kaum Maya telah  mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
  5. Ada sebuah Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur.
  6. Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
  7. Imam Mahdi dikatakan akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada hadis sahih mengenainya).
  8. Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika)  dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
  9. 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
  10. Tarikh sebenar berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22 Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
  11. Munculnya The Shining One. Satu tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012?
  12. Berlaku perubahan era transisi spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku transisi spiritual.
  13. Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi.
  14. Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah presiden Amerika terakhir
  15. 5 filem kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah  Terminator (kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
  16. Alien akan turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan penafsiran corp cicrles.
  17. Sebuah negara baru akan muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
  18. Nostrdamus meramalkan akan berlaku perang dunia ke III.
  19. Bible code ms 85. Ada mesej tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha Yitzahak Rabin (nama pembunuh  Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan menghentam bumi.
  20. Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemsunahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.

Sabtu, 22 Januari 2011

Facebook Punca Penceraian


Aku terpanggil untuk menulis lagi tentang keburukan facebook apabila salah seorang kawan aku menceritakan ramai pasangan di Malaysia sekarang ini bercerai gara-gara facebook.Mengikut kajian,pasangan bercerai disebabkan oleh 3 faktor utama iaitu disebakan suami,disebabkan isteri dan disebabkan oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Penguam syarie daripada Jabatan Bantuan Guaman Kuching Mohd Zamri Abdul Hazis telah memberitahu bahawa di Kuching da satu kes dan di Bintulu ada 2 kes penceraian gara-gara facebook.Perbuatan meluahkan masalah rumah tangga di facebook dikatakan punca yang membawa masalah sehingga runtuhnya satu-satu   perkahwinan.


Aku ada satu pengalaman tentang perkara ini,apabila seorang yang aku panggil 'A' telah meluahkan perasaannya melalui facebook walaupun sudah mempunyai seorang isteri dan 6 orang anak.Cerita ini bermula apabila si 'A' ini meminta anaknya membuka akaun facebook dengan alasan ingin mencari kenalan lama tetapi dalam senyap si 'A' ini ada menjalinkan hubungan maya dan ingin berkahwin padahal mereka berdua ini tak pernah berjumpa dan tak pernah mengenali antara satu sama lain cuma berhubung melalui facebook.Apabila si isteri mengetahui yang si 'A' nak berkahwin,seperti biasalah perang dunia meletus.


Itu masalah yang berpunca kerana suami,aku berpendapat bahawa punca yang datang dari isteri juga tidak kurang hebatnya malah mungkin lebih.Ini kerana perempuan lebih emosional berbanding lelaki dan kebarangkalian untuk meluahkan masalah rumah tangga pada pihak ketiga adalah lebih tinggi.


Wahai isteri-isteri atau pun wanita-wanita di luar sana,di sini aku dedahkan hasil kajian ahli psikologi yang mengatakan bahawa orang wanita suka meluahkan masalah mereka pada orang lain terutamanya lelaki yang dianggap sebagai pendengar setia dan mengambil berat padahal mereka-mereka ini hanya ingin mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita yang lemah.


Jangan tertipu dengan perbuatan oarang-oarang kafir di muka bumi.Sesungguhnya itu hanyalah kenikmatan sesaat, kemudian mereka akan di masukkan ke neraka Jahannam.Itulah seburuk-buruk tempat.(Surah Al Imran ayat 196-197)



Isnin, 10 Januari 2011

Facebook mungkin membawa kehancuran Umat Islam

Facebook adalah menjadi kegilaan rakyat asia terutamanya rakyat Malaysia.Tahukah anda siapakah pengasas Facebook ini.Nama sebenar pengasas Facebook ialah Mark Zuckerberg. Beliau dilahirkan pada 1984 di New York. Semasa beliau mahu membangunkan website Facebook, beliau hanya la seorang student dari Harvard University. Facebook pada masa itu hanya digunakan oleh kalangan pelajar Harvard untuk berinteraksi antara satu sama lain. Pastu, beliau mula menyebarkan Facebook kepada universiti lain. Universiti yang terawal mendapat penyebaran ni ialah Stanford, Dartmouth, Columbia, Cornell dan Yale. 


Mark Zuckerberg telah menjadi jutawan paling muda didunia dengan pendapatan 1.5 billion.Apa yang hendak aku kongsikan di sini ialah facebook mungkin membawa kehancuran untuk umat Islam terutamanya rakyat Malaysia


Tidak salah bagi kita menggunakan teknologi dan mencontohi asas untuk berjaya yang telah Mark Zuckerberg tampilkan cuma aku merasakan tanpa disedari kita telah menyokong kaum kafir ini.Memang dah motif orang kafir dari dulu untuk menyesatkan orang-orang Islam.Mana tidak nya,apa yang aku perhatikan setiap lapisan masyarakat yang taksub dengan facebook tidak kira kanak-kanak,remaja terutamanya,orang dewasa malah orang-orang tua asyik dengan penggunaan facebook sehinggakan lalai dengan tuntutan agama.


Walaupun azan kedengaran sehinggalah azan lain kedengaran, mereka ini asyik lagi dengan facebook.Bagi kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah tidak lagi menghiraukan tentang pelajaran.Bagi golongan dewasa,makan minum dan anak-anak tak terjaga malahan ditempat kerja pun mereka asyik dengan facebook.Agak-agak anda, mereka ini orang yang berkualiti atau tidak semasa bekerja?.Ada juga mengambil kesempatan untuk menipu dan paling dasyat menjual tubuh(pelacur)dalam laman ini.Anda cuba perhatikan orang-orang yang ada facebook atau anda sendiri yang ada sesawan ini,betul tak apa yang saya katakan.Kalau anda bukan seorang yang taksub mungkin anda tidak bersetuju.


Tidak semua facebook ini menjadikan kita seperti apa yang saya katakan tadi,facebook adalah satu tempat yang mudah dan percuma untuk kita perkembangkan perniagaan,mencari kenalan lama dan sebagainya.Cuma kita mencorakkan nya sama ada ia satu keperluan atau kecelakaan bagi umat Islam.Mari kita menegakkan Islam dan hapuskan Israel...

Selasa, 4 Januari 2011

Tahun 2011

Tibanya tahun 2011 ramai orang telah tetapkan impian dan matlamat masing-masing dalam mencari kejayaan,kesenangan,kepuasaan dalam hidup.Begitu juga aku,matlamat tahun 2011 ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar dapat dicapai.

Matlamat 1- Menjadi orang lebih yang dekat dengan Allah.Aku memohon pada Allah setiap masa supaya diteguhkan iman dan dikuatkan semangat agar solat 5 waktu yang wajib dapat dilaksanakan secara berjemaah dan solat yang sempurna.

Matlamat 2-Pendapatan perniagaan 2 kali ganda dari tahun 2010

Matlamat 3-Mendapat 3.00 ke atas dalam pembelajaran.

Setiap matlamat dapat dilaksanakan dan dicapai sekiranya semangat berterusan untuk memenuhi matlamat.Kebiasaannya yang lepas-lepas,matlamat tidak dapat dipenuhi sebaik mungkin kerana pada awal tahun saja matlamat ditetapkan tapi bila 2-3 minggu semangat untuk memenuhi matlamat hilang begitu saja.Jadi perkara ini perlu diatasi dengan memberi motivasi pada diri sendiri setiap hari.