Sabtu, 30 Oktober 2010

Kelantan Bercuti

Negeri Kelantan akan bercuti pada 31/10/2010 (Ahad) sempena kejayaan pasukan Kelantan memenagi Piala Malaysia buat kali pertama semenjak tahun 1921.

Di sini,aku sebagai penyokong setia pasukan The Red Worrior mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana telah menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka untuk membawa pulang Piala Malaysia ke tanah Cik Siti Wan Kembang buat julung kalinya.

Kelantan juga akan bercuti pada 4/11/2010 (Khamis) untuk memberi kelancaran dan kesenangan kepada pengundi-pengundi Dun Galas untuk membuang undi pada hari tersebut.

Ini bermakna, minggu ini Kelantan akan bercuti selama 2 hari seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri.

Selasa, 26 Oktober 2010

Ramalan Terakhir Sotong Paul Sebelum Mati


Agensi berita Jerman, melaporkan sotong yang meraih tumpuan dunia berikutan kejayaannya meramal keputusan  Piala Dunia disahkan mati

Paul sebelum ini berjaya meramalkan dengan tepat berapa siri perlawanan Piala Dunia kebanyakkannya membabitkan pasukan Jerman dan meramalkan Sepanyol akan memenangi perlawanan akhir ketika menentang Belanda.

Paul kali terakhir telah membuat ramalannya untuk perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Negeri Sebilan.Sotong Paul juga telah meramalkan,Pas akan menang pada Pilihanraya Dun Galas nanti.Setelah meramalkan kedua-kedua perkara penting itu,paul didapati sesak nafas lalu meninggal dunia...

Isnin, 25 Oktober 2010

Aku tertipu atau TM yang betul

(Pakege terbaru Streamyx)

Hari ini aku ke Tm point Tanah Merah untuk membayar bil telefon.Sambil-sambil tu aku bertanya pasal pakage streamyx.

Dalam pertegahan bulan Ogos hari tu,TM ada menelefon aku untuk menawarkan pakage BlockBuster.Dalam perbualan kami ia ada menerangkan pakage-pakage yang ditawarkan.Sebelum ini aku hanya memakai streamyx RM 60.00 sebulan.

Setelah diberi penerangan aku bersetuju untuk menaiktaraf ke RM 90.00 sebulan (512kbps),Masa perbualan kami,jika aku menaiktaraf ke RM 90.00 sebulan,aku akan diberi percuma WIFI Modem, Dect Phone,Tm Fixed Line dan 15sen/minit untuk kesemua mobile phone.Kesemua itu aku akan dapat cuma Dect Phone boleh diambil selepas 16 sept kerana stok tak ada.

Jadi hari ni, selepas 16 Sept aku ke TM Point untuk menuntut apa yang telah dijanjikan.Aku amat kecewa sekali bila TM Point Tanah Merah mengatakan Dect Phone ini akan diberi untuk pelanggan RM 110.00 sebulan ke atas.TM bagitahu,jika aku daftar pada Ogos mereka boleh bagi Dect Phone itu.

Yang menjadi aku tak puas hati,perbulan kami dan aku bersetuju pada bulan Ogos tetapi kenapa didaftarkan pada bulan September.Adakah mereka sengaja berbuat demikian atau orang TM yang menelefon aku tu tak perihatin dengan pakage terkini.

Kepada TM, kita sebagai badan berkanun(GLC) jangan cuba untuk mengaut keuntungan dengan memperdayakan pelanggan.Sepatutnya TM perlu memberi perkhidmatan terbaik kerana mereka mempunyai banyak saingan seperti Celcom,Maxis,Digi dan sebagainya.Jangan sampai pelanggang terpengaruh dengan iklan P1 wiremax.Potong jangan tak potong.......Potong jangan tak potong.......kelak anda juga yang rugi.

Ahad, 24 Oktober 2010

Pilihanraya Dun Galas


Setakat hari ini,parti bertanding di Dun Galas,Gua Musang  iaitu Pas dan Barisan Nasional telah pun mengumumkan calon masing-masing.

Pas telah meletakkan calon Dr Zulkefli Mohamed 44 sebagai calon mereka.Beliau sebelum ini pernah bertanding merebut kerusi parlimen Gua Musang pada PRU 2004 dan PRU 2008 namun tewas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.Barisan Nasional pula telah mengisytiharkan Abdul Aziz Yussoff 49 sebagai calon.Beliau adalah Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang dan bekas Pengurus Operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR).

Bagi kedua-dua parti, ini pilahanraya ini amat penting kerana Pas mahu mengekalkan kerusi yang dimiliki sebelum ini dan Barisan Nasional mahu menunjukkan BN masih diterima rakyat.

Apa pun,kedua-dua parti ini mempunyai peluang 50-50.Kelantan telah mengumumkan 4 Nov 2010 adalah hari cuti peristiwa sempena pilihanraya kecil Dun Galas.

Kelantan Vs Negeri Sembilan




 Pada 30hb Okt 2010 nanti, kita bakal akan mengetahui  pasukan manakah yang paling layak memegang Piala Malaysia, Piala yang diimpikan oleh setiap pasukan bola sepak di tanah air.Di atas kertas, kedua-dua pasukan memiliki peluang sama rata jika dibandingkan dengan rekod yang lepas-lepas.

Pada pendapat saya, pasukan Negeri Sembilan akan lebih tertekan pada perlawanan itu nanti  kerana pasukan Negeri Sembilan memegang status juara bertahan dan mahu menjadi juara berganda.

Bagi pasukan Kelantan, ketiadaan ketua jurulatih B Sathianathan selepas kena pergantungan selama 6 bulan oleh FAM tidak melemahkan pasukan.Kita boleh lihat semasa perlawana Kelantan lawan Kedah,tanpa kehadiran Sathia, Kelantan masih mampu menewaskan pasukan Kedah.Pada perlawanan Kelantan melawan Kedah,apa yang saya puji adalah penyokong kedua-dua pasukan yang sangat berdisiplin.Tak ada pun kita dengar rusuhan atau pergaduhan berlaku.Kenapa ketika perlawanan Selangor dan Kelantan di Shah Alam keadaan menjadi begitu huru hara.Tanya FAM kenapa????????sebab FAM yang suka buat keputusan dalam hal ini.

Di dalam media, sengaja memburukan penyokong Kelantan.Media hanya menunjukkan penyokong Selangor yang kena serang.Penyokong Kelantan tak kena ke?.FAM pun satu hal,bila perkara membabitkan penyokong dan pasukan Kelantan mesti nak hukum.Kalau penyokong dan pasukan lain buat hal tak ada pun kena tindakan.FAM sepatutnya membangunkan bola sepak,bukannya menjatuhkan bola sepak.

Setelah Kelantan tewas perlawanan akhir Piala Malaysia 3-1 kepada Negeri Sembilan  tahun lepas, ramai yang mengatakan perlawanan itu telah diperjudikan untuk memberi kemenangan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana hendak memberi hadiah sempena pertabalan Raja Negeri Sembilan.Adakah tahun ini milik Kelantan pula, kerana pertabalan Sultan Kelantan akan berlangsung tidak lama lagi.

Saya rasa,semua yang diperkatakan oleh orang ramai adalah tidak benar dan pada pendapat saya ini hanyalah secara kebetulan saja.Apa-apa pun, semangat kesukanan haruslah dijaga oleh semua pihak.

GOMO KELATE GOMO
GOL GOL GOL
OLE OLE OLE OLE........
perkataan keramat bagi kelab penyokong kelantan



Khamis, 21 Oktober 2010

Tengku Muhammad Faiz,Tengku Makhota Kelantan yang baru



Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, berkenan mengurniakan gelaran dan melantik adinda baginda, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 36, sebagai Tengku Mahkota Kelantan yang baru

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias, berkata pengurniaan gelaran Tengku Mahkota kepada Tengku Muhammad Faiz Petra itu berlangsung di Dewan Besar Istana Negeri, di sini.


Tengku Muhammad Faiz Petra diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu ialah anakanda kedua Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. 

Kekanda Muhammad Faiz Petra ialah Sultan Muhammad V  yang kini Sultan Kelantan Ke-29 dan dua adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri. 

Mengulas lanjut, Mohd Aiseri berkata, sebelum keputusan dibuat , 15 ahli MPN bersidang pada jam 9 pagi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi memenuhi kehendak Perkara 14 dan Perkara 27 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Kedua).

Rabu, 20 Oktober 2010

Harapan Mengunung Penyokong Kelantan

Harapan ribuan penyokong bola sepak kelantan berada dibahu para pemain kelantan.Tugas yang berat ini perlu dipikul oleh semua pemain dan pihak pengurusan kelantan bagi memastikan kelantan layak beraksi di pentas final buat kali kedua berturut-turut,selepas Kelantan dan Kedah seri tanpa jaringan  pada separuh akhir pertama di Alor Star malam tadi.

Pemain-pemain Kelantan juga ditagih memberi aksi cemerlang ketika separuh akhir kedua di Kota Bharu sabtu ini selepas berjaya membenam pasukan Selangor diperingkat suku akhir baru-baru ini.Dengan kehadiran penyerang berbisa Kelantan Nor Shahrul Idlan Talaha pada separuh akhir kedua nanti dapat merubah keputusan yang lebih baik untuk pasukan kelantan selepas digantung 2 pelawanan akibat kad merah ketika bertemu Selangor di Shah Alam.

Khamis, 14 Oktober 2010

Empat Individu Dilucutkan Gelaran





 Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V, telah menarik balik anugerah dan darjah kebesaran daripada empat individu iaitu Ahli Parlimen Pasir Mas,Ibrahim Ali (gambar kanan); bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud (gambar kiri) dan dua kerabat istana iaitu Tengku Mohamed Shafie Tengku Ibrahim serta Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.Setiausaha Kerajaan Negeri,Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, penarikan balik itu bermula 13 Oktober 2010.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Lucut Gelaran 'Temenggong'

Sultan Kelantan,Sultan Muhammad v, menarik balik penganugerahan gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) yang ditauliahkan kepada adindanya, Tengku Muhammad Fakhry Petra baru-baru ini.

Sultan Muhammad V turut menarik balik tauliah perlantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Makhota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi) yang dianugerahkan sebelum ini kepada Tengku Muhammad Fakhry.

Penarikan dan pelucutan penganugerahan geleran Temenggong ini dimaklumkan kepada Tengku Muhammad Fakhry melalui surat yang dialamatkan di istana Makhota, Kubang Kerian.