Ahad, 14 November 2010

Hantu dan Pelajar Baru Balik Dari Amerika

Kisah ini telah diceritakan oleh bapa saudara aku, seorang bapa yang nazak hendak mati tetapi dengan adanya peliharaan (Hantu) menyebabkan bapa kepada pelajar yang baru balik dari Amerika ini tak mati-mati jugak.

Pelajar ini mempunyai 3 orang adik-beradik dan beliau adalah anak yang bongsu.Perbincangan telah dilakukan oleh ketiga-tiga adik-beradik ini untuk memutuskan siapakah yang sanggup menerima saka daripada ayah mereka.Kedua-dua abang pelajar ini meminta supaya dia menerima saka itu kerana ayah telah banyak menghabiskan wang dan harta kerana menghantar dia ke luar negara.Bagi membalas jasa baik ayah selama ini,pelajar itu sanggup menerima saka dari ayahnya dan tidak lama selepas itu ayah mereka meninggal dengan aman.

Selang beberapa hari, semasa pelajar ini hendak mandi datang lah hantu kepadanya dan berkata

"kau dah sanggup menerima aku jadi aku hendak bersama kamu sekarang".

Pelajar ini kebinggungan kerana secara tiba-tiba hantu ini datang dan dia berkata

"Kau hendak bersama aku boleh tetapi kau mesti memenuhi satu syarat".

Hantu berkata

"Aku boleh buat apa saja asalkan aku boleh bersama kamu".

Pelajar ini memikirkan apakah syarat yang hendak diberikan kepada hantu itu kerana hantu itu datang secara tiba-tiba dan tercetus lah satu idea.Dia telah menyelak kain tuala yang dipakainya nya dan mencabut seurat bulu kemaluan dan berkata kepada hantu itu

"Kau luruskan dulu bulu ini dan barulah kau boleh datang balik, selagi bulu ini tak lurus,kau jangan datang sini".

Hantu bersetuju.Hantu ini telah buat dengan banyak cara untuk melurukan bulu ini termasuklah strika,letak bawah bantal,mengusap dengan air,rebonding dan banyak lagi.Setelah 3 bulan cubaan meluruskan bulu,akhirnya hantu itu berjaya dan terus pergi berjumpa pelajar itu.

"Aku telah berjaya meluruskan bulu engkau jadi aku bolehlah bersama kau",kata hantu.

Kata pelajar

"Bagus kau telah menyempurnakan syarat itu tetapi kau belum lagi  100% memenuhi syarat".

Pelajar itu terus menyelak kain pelikat yang dipakainya dan berkata

"Tegok ni,banyak lagi bulu yang harus kau luruskan".

Bila melihat bulu yang banyak itu, hantu dah tak sanggup lagi kerana seurat bulu kemaluan pelajar itu pun dah 3 bulan untuk diluruskan inikan pula beribu-beribu bulu.Bayangkan berapa lama hantu itu hendak meluruskannya.

Hantu berkata"Daripada meluruskan bulu yang mengambil masa 3 bulan dan boleh mati akibat kelaparan,lebih baik aku mencari tuan yang lain".Lalu hantu itu pergi buat selamanya.

Abang-abang pelajar itu hairan macam tak ada apa-apa yang belaku pada adik mereka walaupun sanggup menerima saka dari ayah lalu mereka bertanya

"Bagaimana kau menguruskan hantu itu?,jawab pelajar"Aku belajar tinggi-tinggi sampai ke Amerika,takkan hantu sekor tak boleh nak settle".

Rabu, 3 November 2010

POS Malaysia




Dua hari lepas aku ada pergi ke Pejabat Pos di Tanah Merah untuk menghantar bungkusan.Aku pergi lebih kurang pukul 10.30 pagi.Pada hari tu kebetulan ramai pulak orang.Aku mengambil no lebih kurang ada 23 orang lagi baru sampai giliran aku.

Pada hari tu terdapat juga rungutan dari orang ramai kerana menunggu hampir 1 jam 30 minit dan begitulah juga aku yang terpaksa menunggu hampir sejam lebih.Terdengar juga dari mulut orang-orang di situ yang mengatakan kerja-kerja mereka yang lain terbantut disebabkan terlalu lama urusan mereka di Pejabat Pos.

Paling mengecewakan aku dan orang ramai ialah kauter ada empat,tapi hanya satu kaunter yang buka.macam dalam gambar yang aku ambil.Kalau dah satu kaunter buka untuk urusan cukai jalan,lesen,bil air,bil elektrik,bil telefon,ASB,ASN,penghantaran bungkusan,wang pos,kiriman wang dan banyak lagi, adakah kerja tu boleh dibuat dengan seorang pekerja saja.Mungkin ramai yang berkata kerja tu boleh dibuat tetapi bagaimana pula dengan pelanggan.Kemudahan tempat duduk juga terhad sehinggakan terpaksa berdiri.

Bagi aku, pembayaran bil-bil tidak ada masalah kerana boleh pakai Maybank2u atau CIMBcliks tapi bagi orang  yang tak tahu menggunakan komputer bagaimana? dan bagi orang yang tidak mempunyai kemudahan kenderaan mestilah akan menuju ke Pejabat Pos kerana Pejabat Pos boleh membuat pelbagai urusan dan tidak perlulah pergi ke Pejabat TNB untuk bayar elektrik,tak perlu ke TM untuk bayar bil telefon dan tak perlu ke JPJ untuk perbaharuan cukai jalan dan lesen.Jadi untuk memenuhi semua itu sepatutnya POS perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Isnin, 1 November 2010

Abah Ke Stadium Buat Kali Terakhir




(Tiket Terakhir Arwah Abah)


Setelah kejayaan pasukan Kelantan membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan, teringat aku semasa arwah abah ada dulu.Aku bersama arwah abah dan adik-adik selalu ke stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.Arwah abah aku dulu terlalu minat dan cinta dengan bola sepak Kelantan.Tak kira hujan atau panas, menang atau kalah, kami akan ke stadium.

Aku masih ingat, pada tahun 2000 ketika kelantan melawan kedah, itulah kali terakhir arwah abah melihat perlawanan bola sepak.Setelah perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1,aku ke tempat parking kereta dan menunggu arwah abah.Masa tu kereta parking  di depan pintu keluar,biasalah di stadium Kota Bharu parking tak tentu menyebabkan ramai ternanti-nanti untuk keluar.Aku gelisah kenapa arwah abah tak muncul-muncul.Selepas beberapa minit,arwah abah datang dan mengatakan dia pergi sembahyang Isyak.

Semasa dalam perjalanan,arwah abah ada bertanyakan aku,macam mana dengan pasukan Kelantan sekarang ni.Berapa mata dah Kelantan dapat?, lepas ni jumpa pasukan mana plak?, ada harapan tak pasukan Kelantan untuk pergi jauh.Daripada semua soalan tu,aku jawab dengan besungguh-sungguh dengan harapan pasukan Kelantan akan mencapai kejayaan.Abah juga ada memberitahu aku dan adik-adik, kalau Kelantan ke Akhir Piala Malaysia kita akan ke Kuala Lumpur katanya.

Bila sampai depan rumah nenek untuk menghantar bapa saudara yang kebetulan pergi ke stadium sama-sama, arwah abah mengadu sakit dada.ketika tu masih lagi dalam kereta.Aku menggosok dada arwah abah dan mengajak dia naik dulu ke rumah nenek.Setelah naik rumah nenek, aku melihat abah macam dah tak terdaya dan matanya nak macam melihat ke langgit.Disaat-saat genting itu, arwah abah sempat menyuruh aku menyimpan barang-barang berharga yang ada padanya seperti jam,cincin,IC,duit dan sebagainya.

Setelah aku melihat abah yang nampak tenat,aku terus membawa nya ke Hospital Tanah Merah.Dalam perjalan ke Hospital abah sempat memegang tangan aku dan berkata supaya membawa kereta dengan perlahan-lahan.

Setiba di Hospital,para kakitangan hospital terus membawa ke bilik kecemasan.Setelah pemeriksaan,doktor membuka ke semua alat bantuan penafasan dan mengatakan pada aku, jantung abah dah perlahan dan bolehlah ajar mengucap.

Semasa saat-saat terakhir, arwah abah berkata yang dia akan mati.Sambil menangis, aku mengajar abah mengucap dan aku bersyukur kerana sebelum menghembus nafas terakhir abah sempat mengucap dua kalimah syahadah.Tak lama kemudian,abah meninggalkan aku sekeluarga buat selama-lamanya.


Itulah saat-saat terakhir aku bersama abah,hari yang tak disangka-sangka, dalam keadaan penuh gembira balik dari stadium, abah pergi selamanya.....aku masih menyimpan tiket terakhir aku bersama arwah abah.Disini, buat kali pertamanya aku pamerkan tiket terakhir aku bersama abah.....