Rabu, 3 November 2010

POS Malaysia




Dua hari lepas aku ada pergi ke Pejabat Pos di Tanah Merah untuk menghantar bungkusan.Aku pergi lebih kurang pukul 10.30 pagi.Pada hari tu kebetulan ramai pulak orang.Aku mengambil no lebih kurang ada 23 orang lagi baru sampai giliran aku.

Pada hari tu terdapat juga rungutan dari orang ramai kerana menunggu hampir 1 jam 30 minit dan begitulah juga aku yang terpaksa menunggu hampir sejam lebih.Terdengar juga dari mulut orang-orang di situ yang mengatakan kerja-kerja mereka yang lain terbantut disebabkan terlalu lama urusan mereka di Pejabat Pos.

Paling mengecewakan aku dan orang ramai ialah kauter ada empat,tapi hanya satu kaunter yang buka.macam dalam gambar yang aku ambil.Kalau dah satu kaunter buka untuk urusan cukai jalan,lesen,bil air,bil elektrik,bil telefon,ASB,ASN,penghantaran bungkusan,wang pos,kiriman wang dan banyak lagi, adakah kerja tu boleh dibuat dengan seorang pekerja saja.Mungkin ramai yang berkata kerja tu boleh dibuat tetapi bagaimana pula dengan pelanggan.Kemudahan tempat duduk juga terhad sehinggakan terpaksa berdiri.

Bagi aku, pembayaran bil-bil tidak ada masalah kerana boleh pakai Maybank2u atau CIMBcliks tapi bagi orang  yang tak tahu menggunakan komputer bagaimana? dan bagi orang yang tidak mempunyai kemudahan kenderaan mestilah akan menuju ke Pejabat Pos kerana Pejabat Pos boleh membuat pelbagai urusan dan tidak perlulah pergi ke Pejabat TNB untuk bayar elektrik,tak perlu ke TM untuk bayar bil telefon dan tak perlu ke JPJ untuk perbaharuan cukai jalan dan lesen.Jadi untuk memenuhi semua itu sepatutnya POS perlu memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan