Selasa, 29 Mac 2011

Awasi dosa-dosa akibat Facebook



Sudah banyak yang telah diperkatakan tentang keburukan facebook dan mengikut data terkini, lebih dari 9 juta rakyat Malaysia memiliki akaun Facebook dan rata-rata mereka ini dalam lingkungan umur 18 - 35 tahun.Sungguh bijak dan mudah orang-orang yahudi mempengaruhi umat Islam sehinggakan kita boleh  terjebak dalam dosa tanpa kita sedari.

Khamis, 10 Mac 2011

Gigitan Cinta Boleh Mendatangkan Penyakit Jantung/Strok



Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. 

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan. 

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan. 

Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.

Sabtu, 5 Mac 2011

Memahami Bil Elektrik Anda


  1. Kod Stesen TNB
  2. No Akaun Pengguna
  3. Deposit/Cagaran yang pengguna bayar
  4. Nama dan alamat pengguna berdaftar
  5. Kod Tarif
  6. Bayaran terakhir diterima
  7. Unit elektrik yang digunakan(Kwh)
  8. Bacaan meter lepas
  9. Bacaan meter terkini
  10. Jumlah elektrik yang digunakan(RM)
  11. Jumlah Perlu dibayar
  12. Kod bacaan meter terkini (N-normal,E-estimate,S-secial reading,F-final,A-average
  13. Tarikh bacaan meter dan bil diserahkan kepada pengguna
  14. No telefon untuk aduan(TNB careline-15454)
  15. Alamat pejabat yang berhampiran yang menyediakan bil
  16. Tarikh terakhir untuk menjelaskan bil

Petua Imam Shafei

                  




Empat Perkara menguatkan Badan
  • Memakan daging
  • Memakai Haruman/wangian
  • Kerap Mandi
  • Berpakaian dari Kapas

Empat Perkara Melemahkan Badan
  • Banyak Berkelamin (hubungan seks)
  • Selalu Cemas
  • Banyak Minum Air Semasa Makan
  • Banyak Makan Bahan Yang Masam

Empat Perkara Menajamkan Mata
  • Duduk Mengadap Kiblat
  • Bercelak Sebelum Tidur
  • Memandang yang hijau
  • Memakai Pakaian Yang Bersih
Empat Perkara Yang Merosakkan Mata
  • Memandang Najis
  • Melihat Orang dibunuh
  • Melihat Kemaluan
  • Membelakangi Kiblat
Empat Perkara Menajamkan Fikiran
  • Tidak Banyak Berbual Kosong
  • Selalu Bersugi (gosok gigi)
  • Bercakap Dengan Orang Soleh
  • Bergaul Dengan Ulama

Empat Cara Tidur
  • Tidur para Nabi-Tidur Terlentang Sambil Berfikir Tentang Kejadian Langit dan Bumi
  • Tidur Ahli Ulama-Miring ke Sebelah Kanan Untuk Mudah Terjaga Untuk Solat Malam
  • Tidur Para Raja Yang Haloba-Tidur Sebelah Kiri Untuk Mencernakan Makanan Yang Banyak Dimakan
  • Tidur Syaitan-Menelungkup/Meniarap Seperti Tidurnya Ahli Neraka