Khamis, 21 April 2011

Teka-Teki hari ini

Lama tak update blog ni,jadi untuk mengisi ruang-ruang ini keluarlah satu teka-teki.Sesiapa yang sanggup untuk menjawab,silalah bagi jawapan.Soalannya berbunyi begini:-

Ahmad adalah seorang yang miskin tetapi teringin sangat untuk mendapatkan sepasang kasut.Harga kasut yang ingin dimiliki oleh Ahmad bernilai RM 97.00.Kerana kesian,jiran Ahmad iaitu En Ali memberi RM 50 dan En Abu memberi RM 50.Dengan adanya RM 100, Ahmad terus membeli kasut yang diidamkannya selama ni.Setelah membeli kasut,Ahmad telah menerima baki RM 3.00 dan terus membayar hutang En Ali RM 1.00, En Abu RM 1.00 dan Ahmad masih lagi ada RM 1.00.Persoalannya, Setelah Ahmad membayar hutang RM 1.00,baki hutang Ahmad pada En Ali RM 49.00 dan En Abu ialah RM 49.00.Jika dicampurkan RM 98.00 dan dicampurkan dengan duit yang masih lagi bersama Ahmad RM 1.00 sama dengan RM 99.00.Kemanakah lagi baki RM 1.00.

Selasa, 12 April 2011

Rahsia Kaabah dan No 1.618



Ini adalah satu lagi bukti menunjukkan kebesaran Allah S.W.T yang Maha Pencipta.Marilah sama-sama kita berfikir tentang kebesaranNYA.

Ahad, 3 April 2011

Gempa Bumi Di Kepulauan Fiji

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia ,satu gempa bumi telah berlaku pada3/4/2011 jam 10:07 waktu tempatan berhampiran kepulaun Fiji.Gempa ini berlaku pada Latitud 17.6 S dan Longitud 178.6 B.Gegaran yang telah dicatatan berukuran 6.4 pada skala richter dan dikategori sebagai gegaran yang kuat.Jarak gempa ini berlaku ialah 322 KM Timur Laut Suva,Fiji dan 7351 KM Tenggara Kunak,Sabah. 

Siti Nurhaliza Mengandung


Dua hari lepas,aku balik ke rumah Mak  untuk mengambil anakku yang telah ditinggalkan sejak tengahhari lagi.Sewaktu berborak-borak bersama isteri dan adik,adikku telah menceritakan berita gempar yang mengatakan Siti Nurhaliza mengandung dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi.

Terkejut ada,hairan pun ada.Apa tidaknya,kalau lah artis No 1 ini mengandung mesti dah keluar gosip dalam majalah, berita-berita hiburan,surat khabar dah sebagainya.

Aku ada bertanya adik aku, sahih kah cerita ni?

Adik aku menjawab, Ya,betul.

Darimana dapat cerita ini?,tanya aku.

Dari Amzar(anakku),kata adikku.

dan ini lah cerita sebenar.............

Siti Nurhaliza yang dimaksudkan ialah seekor kucing mak mertua aku yang mengandung dan bakal melahirkan anak tidak lama lagi.Mati-mati aku menyangka yang Dato Siti mengandung.Adik aku juga percaya apa yang telah diceritakan oleh anakku padahal ia hanya seekor kucing.