Khamis, 21 April 2011

Teka-Teki hari ini

Lama tak update blog ni,jadi untuk mengisi ruang-ruang ini keluarlah satu teka-teki.Sesiapa yang sanggup untuk menjawab,silalah bagi jawapan.Soalannya berbunyi begini:-

Ahmad adalah seorang yang miskin tetapi teringin sangat untuk mendapatkan sepasang kasut.Harga kasut yang ingin dimiliki oleh Ahmad bernilai RM 97.00.Kerana kesian,jiran Ahmad iaitu En Ali memberi RM 50 dan En Abu memberi RM 50.Dengan adanya RM 100, Ahmad terus membeli kasut yang diidamkannya selama ni.Setelah membeli kasut,Ahmad telah menerima baki RM 3.00 dan terus membayar hutang En Ali RM 1.00, En Abu RM 1.00 dan Ahmad masih lagi ada RM 1.00.Persoalannya, Setelah Ahmad membayar hutang RM 1.00,baki hutang Ahmad pada En Ali RM 49.00 dan En Abu ialah RM 49.00.Jika dicampurkan RM 98.00 dan dicampurkan dengan duit yang masih lagi bersama Ahmad RM 1.00 sama dengan RM 99.00.Kemanakah lagi baki RM 1.00.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan