Selasa, 28 Disember 2010

Bagaimana untuk menjadi Jutawan

Hampir 2 minggu aku membaca buku bagaimana untuk menjadi seorang jutawan tulisan Adam Khoo seorang Jutawan dari Singapura.Apa yang dapat dikongsi dengan pembaca-pembaca blog ini adalah bukan susah sebenarnya untuk jadi jutawan tetapi memang susah untuk jadi jutawan.Faham tak maksud yang hendak aku sampai dalam ayat terakhir tadi.Kalau tak faham boleh tanya di lain masa,.percuma je.

Untuk menjadi seorang jutawan kita perlu mempunyai beberapa  tabiat yang perlu kita amalkan seperti yang telah diamalkan oleh jutawan-jutawan seluruh dunia.Tabiat-tabiat yang diamalkan oleh jutawan memang bercanggah betul dengan kehidupan aku hari ini, mungkin sebab itulah aku tak dapat jadi seorang jutawan.Di sini aku senaraikan beberapa tabiat yang perlu kita patuhi jika ingin menjadi seorang jutawan.


  1. Sentiasa lalukan yang lebih baik dari apa yang diharapkan
  2. Bersikap Proaktif
  3. Bertanggungjawab 100%
  4. Memperlambatkan Kepuasan
  5. Lakukan apa yang kita minati
  6. Memili Integriti
  7. Memberi 100% kesungguhan
  8. Keupayaan mengubah kegagalan menjadi kejayaan
  9. Hormati dan sayangi wang

Sudahkan anda semua telah memenuhi tabiat tersebut? kalau belum, kita masih belum terlambat.

Isnin, 6 Disember 2010

Pembedah Klef Anakku (Amrin)

Gambar Sebelum dan Selepas Pembedahan Mulut

Waktu penulisan ini dibuat,aku berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana menemani anakku yang ke-4, Muhammad Habib Amrin yang telah selesai menjalani pembedahan pertama klef nya.Dalam bahasa lain anak aku ini adalah seorang yang sumbing.Sumbing ada banyak jenis dan anak aku ini tergolong dalam sumbing bibir dan lelangit atau dalam bahasa orang putih what we call that (Clef Lips and Palate).

Menurut Doktor dan apa yang aku baca dalam internet orang-orang klef ni memerlukan prosedur rawatan yang cukup banyak dan memerlukan masa sehingga umur18 tahun.Hari ni Amrin baru selesai prosedur pertama iaitu mencantumkan kembali bibir yang merekah(sumbing) pada umur 3 bulan.Pada umur setahun,prosedur kedua iaitu jahit pada lelangit,9 tahun gusi, 18 tahun rahang (jika perlu) dan barulah selesai pembedahan.Dalam pada itu rawatan susulan(terapi) juga perlu dilaksanakan mengikut jadual seperti percakapan dan pendengar.

Amrin telah dimasukkan ke wad petang kelmarin dan telah menjalani pembedahan jam 9 pagi tadi.Lebih kurang jam 12, jururawat telah memanggil aku dan isteri untuk masuk ke bilik pemulihan pembedahan untuk melihat keaadan Amrin yang ketika itu masih dalam khayalan akibat bius.Alhamdulillah, Amrin telah selamat dan dalam keadaan stabil.

Kalau tak ada kesan sampingan lain,doktor kata aku dah boleh bawa Amrin balik esok tetapi lepas pembedahan tadi Amrin demam sedikit.Aku harap,anakku ini sihat dan boleh dibawa pulang esok.....

Jumaat, 3 Disember 2010

Belajar Oh Belajar

Lebih kurang 2 minggu tak dapat update blog ni kerana sibuk menghadapi peperiksaan. Semester ni aku telah mengambil tiga kertas iaitu Matematik Kejuruteraan,Perinsip Perhubungan dan Elektrostatik dengan 9 jam kreadit semuanya.

Wah, semester ni amat mencabar bagi aku kerana subjek-subjek yang di ambil boleh diketegorikan sebagai 'KILLER'.Budak-budak perdana yang belajar kat UTM pun pening dengan subjek-subjek ni, apatah pulak aku yang belajar secara part time.Kena belajar,kena kerja,melayan kerenah anak-anak dan banyak lagi masalah.Kadang-kadang isteri pun tak faham sebab nampak macam aku tak ambil peduli tentang keluarga padahal hingga nak tidur pun memikirkan semua ni.Ini lah cabaran yang terpaksa aku dan mungkin orang lain yang belajar secara part time harus hadapi demi mengejar cita-cita untuk mengubah nasib aku dan keluarga pada tahap yang paling dihormati dan disanjungi.

Pada aku,contoh terbaik untuk anak-anak supaya belajar dengan rajin dan tekun adalah dengan aku dulu belajar ke tahap paling maksimun.Jadi tiada alasan lah bagi mereka untuk tidak belajar kerana ayah mereka sendiri  telah berusaha untuk belajar demi masa depan.

Sekarang ni pun kalau kita tengok, tahap pelajaran telah meningkat.Kalau dulu dengan SRP dan SPM pun dah dapat kerja tapi sekarang orang yang ada Diploma belambak sampai orang ada Ijazah pun susah nak dapat kerja.Kalau dulu orang yang ada ijazah 1-2 orang aje bagi satu kampung tapi sekarang setiap rumah sekurang-kurangnya 1 orang yang mempunyai Ijazah.Jadi tidak hairan lah kalau sekarang susah nak dapat kerja yang kita impikan.

Kesimpulannya bagi aku, kalau ada peluang dan ruang baik kita cari ilmu sebanyak mungkin supaya kita tidak lagi ketinggalan.