Isnin, 6 Disember 2010

Pembedah Klef Anakku (Amrin)

Gambar Sebelum dan Selepas Pembedahan Mulut

Waktu penulisan ini dibuat,aku berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana menemani anakku yang ke-4, Muhammad Habib Amrin yang telah selesai menjalani pembedahan pertama klef nya.Dalam bahasa lain anak aku ini adalah seorang yang sumbing.Sumbing ada banyak jenis dan anak aku ini tergolong dalam sumbing bibir dan lelangit atau dalam bahasa orang putih what we call that (Clef Lips and Palate).

Menurut Doktor dan apa yang aku baca dalam internet orang-orang klef ni memerlukan prosedur rawatan yang cukup banyak dan memerlukan masa sehingga umur18 tahun.Hari ni Amrin baru selesai prosedur pertama iaitu mencantumkan kembali bibir yang merekah(sumbing) pada umur 3 bulan.Pada umur setahun,prosedur kedua iaitu jahit pada lelangit,9 tahun gusi, 18 tahun rahang (jika perlu) dan barulah selesai pembedahan.Dalam pada itu rawatan susulan(terapi) juga perlu dilaksanakan mengikut jadual seperti percakapan dan pendengar.

Amrin telah dimasukkan ke wad petang kelmarin dan telah menjalani pembedahan jam 9 pagi tadi.Lebih kurang jam 12, jururawat telah memanggil aku dan isteri untuk masuk ke bilik pemulihan pembedahan untuk melihat keaadan Amrin yang ketika itu masih dalam khayalan akibat bius.Alhamdulillah, Amrin telah selamat dan dalam keadaan stabil.

Kalau tak ada kesan sampingan lain,doktor kata aku dah boleh bawa Amrin balik esok tetapi lepas pembedahan tadi Amrin demam sedikit.Aku harap,anakku ini sihat dan boleh dibawa pulang esok.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan