Isnin, 21 Februari 2011

Rakaman CCTV Kemalangan Di Kota Bharu

Kemalangan ini berlaku apabila sebuah kereta Produa Kembara yang dipandu oleh seorang wanita melanggar sebuah motosikal dan seterusnya melanggar bangunan Kamdar di Kota Bahru baru-baru ini menyebabkan penunggang motosikal maut tetapi pemandu kereta Produa Kembara itu terselamat dari ajalnya.

Ahad, 20 Februari 2011

FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Rabu, 9 Februari 2011

Perkataan dan Ucapan Salam

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
 Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Tafsiran Mimpi memberi salam,khatan,bersugi dan mandi

Bermimpi Bersalaman dan Mengucapkan Salam

  • Bersalaman dengan musuhnya bermakna tamatlahlah permusuhan mereka dan bermimpi musuhnya mengucapkan salam maka musuhnya itu mengajak berdamai dengannya.
  • Bermimpi memberi salam kepada orang tua yang tidak dikenalinya akan mendapat keamanan dari seksa Allah dan memberi salam pada orang tua yang dikenalinya ia akan mengahwini wanita cantik

Bermimpi berkhatan,Bersugi dan mandi
  • Bermimpi berkhatan dan melihat darah yang banyak keluar,maka mengalir lah dosa-dosa dan dia akan menjalankan sunah Rasulullah s.a.w
  • Bermimpi bersugi bererti dia berbuat baik dengan kerabatnya dan menghubungkan silaturahim dengan mereka dan jika bersugi dengan benda najis,bererti dia menyumbangkan harta yang haram untuk kebaikan.
  • Bermimpi mandi akan mendapat memenuhi hajatnya.Bermimpi mandi dan memakain pakaian baru, maka kalau dia miskin akan menjadi kaya,kalau dipenjara akan dibebaskan,sedang sakit akan sembuh,orang muflis akan bangun semula,orang yang belum menunaikan haji akan menunaikan haji,orang yang berhutang akan membayar hutangnya dan begitulah sebaliknya jika bermimpi dan memakai pakaian buruk.

Selasa, 8 Februari 2011

Tafsiran Mimpi Melihat Malaikat dan Sahabat Nabi

  • Menerima Makanan dari Jibrail a.s-Akan masuk syurga,jika melihat dalam kesedihan maka akan mendapat kesusahan dan seksaan Allah
  • Melihat Mikail a.s-Mendapat kebahagian di duania dan akhirat
  • Melihat Israfil a.s-Sedang meniup sesengkala maka akan ada yang mati
  • Melihat Malikilmaut a.s - Jika dilihat dalam keadaan marah maka dia akan mati sebelum bertaubat dan jika dalam keadaan kegembiraan maka dia akan mati syahid

sahabat nabi
  • Abu Bakar r.a-Akan menjalankan ibadat dengan baik
  • Umar r.a-Medapat kekuatan dalam menjalankan agama,adil dalam ucapan dan berbuat baik orang bawahannya
  • Usman r.a-Diberi anugerah pemalu,pemurah tetapi ramai yang khianat padanya
  • Ali bin Abu Talib-Akan mendapat ilmu,keberanian dan sifat zuhud

Tafsiran Mimpi Jumpa Para Nabi

  • Nabi Adam a.s-Dia akan menjadi pemimpin dan mempunyai kekuasaan yang luas
  • Nabi Idris a.s-Dia akandimuliakan dengan menjadikannya orang warak dan mendapat akhir hanyat yang baik
  • Nabi Nuh a.s-Dia akan panjang umur tetapi banyak dugaan
  • Nabi Hud a.s-Akan banyak rintangan dari musuhnya tetapi dia dapat mengalahkannya
  • Nabi Ibrahim a.s-Dia akan mengerjakan haji atau mendapat cabaran yang cukup berat dan ada yang mengatakan ia menandakan orang derhaka kepada ayahnya
  • Nabi Ishak a.s-Menerima banyak rintangan dari kaum kerabatnya sendiri
  • Nabi Ismail a.s-Dia akan membangunkan masjid atau mendapat ujian iman dari ayahnya sendiri
  • Nabi Ya'qub a.s-Mendapat tentangan dari anak-anaknya tetapi akhirnya mereka semua suka kepadanya
  • Nabi Yusof a.s-Akan terkena aniaya,dipenjara dan jauh dari keluarganya atau dicampakkan ke hutan
  • Nabi yunus a.s-Akan terburu-buru dalam membuat urusan
  • Nabi Syu'aib a.s-Akan menjadi buta,akan dihina,atau akan mempunyai anak perempuan
  • Nabi Musa a.s-Dia akan menghancurkan orang-orang yang memaksa dan menzaliminya
  • Nabi Ayub a.s-Akan menerima bala ke atas dirinya,hartanya,keluarganya dan anak-anaknya namun akan mengembalikannya semua,bahkan berlipat ganda.
  • Nabi Daud a.s-Dia akan menjadi raja dan mendapat kekuatan
  • Nabi Sulaiman a.s-Menjadi raja dan mendapat ilmu,kalau melihat dalam keadaan mati,dia akan mati semasa memegang jawatan itu
  • Nabi Zakaria a.s-mendapat anak yang soleh
  • Nabi Yahya a.s-Mendapat taufik dan dijadikan orang yang bertakwa
  • Nabi Isa a.s-Dia adalah lelaki yang berkat,banyak kebaikan,banyak musafir,diberi ilmu-ilmu perubatan dan ilmu lain.
  • Nabi Khaidir a.s-Akan subur tanah di kawasan itu,munculnya keamanan
  • Nabi Muhammad s.a.w-Siapa yang melihat Rasulullah maka dia telah melihat Rasulullah yang sebenar kerana syaitan tidak sanggup membuat gambaran baginda dan tidak akan masuk neraka.Jika mempunyai hutang,akan dapat menyelesaikan hutangnya,jika berpenyakit,akan sembuh.Jika melihat Rasulullah mati,akan menerima bencana besar.Jika bermimpi menziarahi kubur baginda,akan mendapat harta yang banyak.Jika melihat anak baginda,imannya adalah ikhlas dan banyak lagi......

sambungan seterusnya ialah bermimpi malaikat.......

Isnin, 7 Februari 2011

Tafsiran Mimpi


Pengalaman para nabi, semenjak nabi Adam a.s sampai junjungan nabi Muhammad s.a.w membuktikan adanya mimpi yang benar dan mimpi mereka itu menjadi kenyataan.Antara mimpi mereka adalah seperti berikut:-

  • Sebelu Hawa diciptakan, Nabi Adam a.s terlebih dahulu melihatnya dalam mimpi
  • Raja Namruz, raja yang sangat terpengaruh di jazirah Arab ketika itu,telah bermimpi akan lahirnya Ibrahim a.s
  • Nabi Ibrahim a.s telah bermimpi sebelum dipanggil oleh Tuhannya dari sebelah bukit Tur
  • Nabi Ya'qub a.s bermimpi melihat serigala mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam perigi
  • Nabi Yusuf a.s bermimpi melihat matahri,bulan dan bintang sujud kepadanya
  • Nabi Yusuf a.s mentakwilkan mimpi dua orang kawannya di dalam penjara
  • Nabi Yusuf mentakwilkan mimpi orang yang melihat tujuh ekor lembu
  • Firaun bermimpi melihat lahirnya Nabi Musa a.s
  • Yusuf al-Najjar bermimpi tentang kelahiran Nabi Isa
  • Nabi Isa bermimpi tentang kenabiannya
  • Aminah(Ibu Nabi Muhammad s.a.w terlebih dahulu bermimpi sebelum melahirkan Nabi Muhammad s.a.w
  • Abdul Mutalib telah melihat dalam mimpinya siapa nama yang akan diberikan kepada cucunya (Rasulullah s.a.w)
  • Mimpi Nabi Muhammad tentang kenabiannya di Gua Hira
  • NabiMuhammad s.a.w bermimpi akan menakluki Mekkah sebelu berlakunya peristiwa itu
  • Dan banyak lagi mimpi yang telah ditafsirkan oleh Nabi Muhammad s.a.w

bersambung untuk mimpi-mimpi yang lebih teperinci..........

Ahad, 6 Februari 2011

Gelombang Merah atau Pahlawan Merah



Mungkin aku tak pandai sangat bercakap tentang politik tapi ada munasabah jugak kalau aku keluarkan pendapat aku sendiri.Sekarang banyak timbul isu di Kelantan melimbatkan parti memerintah (PAS) dan parti pembangkang (Barisan Nasional).Di sini suka aku melihat pada Gelombang Merah (GM) yang telah dianjurkan oleh pemuda BN baru-baru ni.Tujuan utama GM ialah merapati golongan muda supaya beralih ke pangkuan BN  untuk memastikan kejayaan BN merampas Kelantan dari tangan PAS.


Ada juga cakap-cakap mengatakan Gelombang Merah terbentuk hasil daripada kejayaan pasukan bola sepak Kelantan The Red Worrior(TRW).Kejayaan bola sepak Kelantan telah membuka mata BN bahawa mesti ada strategi dan teknik yang sesuai untuk menjinakkan pengundi Kelantan supaya memilih BN.


Seperti kejayaan pasukan bola sepak Kelantan, Tan Sri Anuar Musa adalah orang paling penting yang telah membangunkan pasukan Kelantan.dan melalui pengalaman beliau yang juga bekas ketua perhubungan umno Kelantan dan juga bekas ahli parlimen Keterah mungkin ada sesuatu yang dikongsikan bersama Datuk Pa selaku ketua perhubungan umno sekarang.


Ada juga pendapat yang mengatakan terdapat agenda terselit oleh UMNO yang cuba menawan politik Kelantan menerusi fenomena bola sepak The Read Warriors (TRW). Selain Tan Sri Annuar Musa Presiden KAFA,  Naib Ketua Pemuda Kelantan dan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail adalah merupakan salah seorang peneraju dalam barisan kepimpinan TRW sebagai Naib Presiden KAFA. Ini jelas suatu batu lonjatan untuk menguatkan agenda UMNO menawan Kelantan melalui TRW.  


Mungkin gelombang merah ini wujud apabila mengambil kira dari sejarah negeri Terengganu.Pada masa PAS memerintah,BN telah melancarkan Gelombang Biru.Hasilnya BN telah mengambil balik Terengganu dari tangan PAS.


Apa pun aku rasa, bola sepak tidak boleh dicampur adukkan dengan politik.Bila politik menguasai bola sepak, tak lambat, cepat, bola sepak akan hancur.Kalau kita lihat liga-liga eropah, pemiliknya bukan dari ahli politik tapi ahli perniagaan sebab jika orang politik pegang bola sepak, dia hanya pandai cakap .Tapi jika orang perniagaan ia akan buat pasukan menjadi terkenal dengan kejayaan dan kekayaan.