Sabtu, 29 Januari 2011

Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011


Kelantan telah memulakan langkah kanan liga Malaysia apabila menjuarai  Piala Sumbangsih buat kali pertama sepanjang tempoh 26 tahun setelah mengalahkan pasukan Selangor 2 gol tanpa balas.

Agak hairan melihat aksi Selangor yang begitu hambar walaupun dibarisi ramai pemain-pemain kebangsaan.Pada kebiasaanya jika Selangor dan Kelantan berentap, kedua-dua pasukan ini akan memberi aksi yang cukup menghairahkan apabila kedua-dua pasukan sering melakukan serangan dan gerakan yang pantas tetapi tidak pada aksi ini.Mungkin situasi tertekan yang dialami oleh pasukan Selangor apabila bermain di tempat sendiri dan ingin mengekalkan status juara bertahan sehinggakan permainan pasukan Selangor agak kucar kacir.

Pasukan Kelantan telah menutup kalender bola sepak Malaysia dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia pada tahun lepas(2010) dan memulakan dengan penuh bergaya pada tahun 2011 apabila menewaskan pasukan Selangor seterusnya menjulang Piala Sumbangsih yang akan di bawa pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah Serendah Sekebun Bunga.

Jaringan Norsharul Idlan Talaha menerusi sepakan Penalti telah menaikkan semangat pasukan Kelantan ditambah pula jaringan kedua yang cantik oleh Badri Razi (Piya).Selain itu juga penjaga gawang pasukan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat dinobatkan selaku permain terbaik perlawanan berdasarkan ketangkasan beliau menjaga gawang daripada dibolosi pihak lawan.

Walaupun dilanda pelbagai masalah disaat-saat akhir, Pasukan Kelantan masih mampu menghadiahkan kejayaan dan piala kepada seluruh penyokong dan rakyat Kelantan.Tahniah diucapkan pada Datuk M Karathu, jurulatih Kelantan yang baru walaupun 2 hari bersama pasukan Kelantan, Kelantan mampu jadi juara dan mungkin piala Sumbangsih ini adalah yang paling bermakna dan manis sepanjang menjadi jurulatih

Mengikut pepatah  Kelantan "Oghe Kelate Bako Brani, Tidak Akan Menyerah Kalah Walaupun Tertumpah Darah Menyentuh Bumi"

Ole,,,, ole,,,,,ole........Ole.....
Gomo Kelate Gomo
Gol gol Gol....

5 ulasan:

  1. suke kat apex!!!! sbb apex aku suka pasukan kelantan hehehehe..

    BalasPadam
  2. kita tengok lawan ganu ari selasa ni di KB.untuk iris,kalau nak jumpa apex boleh saya aturkan

    BalasPadam
  3. ha??? ye ke?? sronoknyer dpt jmpe apex... tlg2 seyes minat giler kat apex secara x langsung suka gak ngan gf dia

    BalasPadam
  4. ramai yang memuji apex dan mengutuk gf dia masa apex mula-mula famous.dulu apex ni penjaga gol no 3 kelantan je,pastu jadi penjaga gol no 1.masa 2 xde orng ambik peduli pun pasal dia.pas dapat save byk percubaan lawan piala AFF baru org bukak mata.mungkin pas apex kawin,org x amik peduli balik.kesian apex....

    BalasPadam