Rabu, 6 Julai 2011

Bola Sepak Kelantan Terus Catat Sejarah



Sekali lagi pasukan bola sepak  Kelantan mencatat sejarah apabila dinobatkan selaku juara Liga Super 2011 setelah mengalahkan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir di Likas.Dengan kemenangan ini, Kelantan mengumpul 56 mata mengatasi Terengganu dengan 53 mata dan Selangor 52 mata.

Gol-gol Kelantan telah dihasilkan oleh penyerang berbisa masa kini iaitu Norshahrul Idlan Talaha.Lebih manis lagi kalau Norshahrul dinobatkan selaku pemenang Kasut Emas 2011.Bagaimana pun Norshahrul terlepas menjadi penjaring terbanyak liga apabila Abd Hadi Yahya telah menghasilkan 4 gol ketika membantu Terengganu menewaskan Felda United dengan jaringan 6-2.Abd Hadi Yahya menjaringkan 20 gol manakala Norshahrul 19 gol.

2011 adalah tahun gemilang buat pasukan bola sepak Kelantan telah memenangi Piala Sumbangsih, Piala Liga dan naib juara Piala FA.Pasukan Kelantan tidak boleh leka dengan apa yang sudah mereka perolehi sekarang kerana misi seterusnya ialah mengekalkan Piala Melaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.Syabas diucapkan pada Pasukan Bola Sepak Kelate.....

2 ulasan:

  1. kunjungan gan .,.
    saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
    dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    BalasPadam
  2. selamat malam gan... sukses selalu..

    BalasPadam