Ahad, 6 Februari 2011

Gelombang Merah atau Pahlawan Merah



Mungkin aku tak pandai sangat bercakap tentang politik tapi ada munasabah jugak kalau aku keluarkan pendapat aku sendiri.Sekarang banyak timbul isu di Kelantan melimbatkan parti memerintah (PAS) dan parti pembangkang (Barisan Nasional).Di sini suka aku melihat pada Gelombang Merah (GM) yang telah dianjurkan oleh pemuda BN baru-baru ni.Tujuan utama GM ialah merapati golongan muda supaya beralih ke pangkuan BN  untuk memastikan kejayaan BN merampas Kelantan dari tangan PAS.


Ada juga cakap-cakap mengatakan Gelombang Merah terbentuk hasil daripada kejayaan pasukan bola sepak Kelantan The Red Worrior(TRW).Kejayaan bola sepak Kelantan telah membuka mata BN bahawa mesti ada strategi dan teknik yang sesuai untuk menjinakkan pengundi Kelantan supaya memilih BN.


Seperti kejayaan pasukan bola sepak Kelantan, Tan Sri Anuar Musa adalah orang paling penting yang telah membangunkan pasukan Kelantan.dan melalui pengalaman beliau yang juga bekas ketua perhubungan umno Kelantan dan juga bekas ahli parlimen Keterah mungkin ada sesuatu yang dikongsikan bersama Datuk Pa selaku ketua perhubungan umno sekarang.


Ada juga pendapat yang mengatakan terdapat agenda terselit oleh UMNO yang cuba menawan politik Kelantan menerusi fenomena bola sepak The Read Warriors (TRW). Selain Tan Sri Annuar Musa Presiden KAFA,  Naib Ketua Pemuda Kelantan dan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail adalah merupakan salah seorang peneraju dalam barisan kepimpinan TRW sebagai Naib Presiden KAFA. Ini jelas suatu batu lonjatan untuk menguatkan agenda UMNO menawan Kelantan melalui TRW.  


Mungkin gelombang merah ini wujud apabila mengambil kira dari sejarah negeri Terengganu.Pada masa PAS memerintah,BN telah melancarkan Gelombang Biru.Hasilnya BN telah mengambil balik Terengganu dari tangan PAS.


Apa pun aku rasa, bola sepak tidak boleh dicampur adukkan dengan politik.Bila politik menguasai bola sepak, tak lambat, cepat, bola sepak akan hancur.Kalau kita lihat liga-liga eropah, pemiliknya bukan dari ahli politik tapi ahli perniagaan sebab jika orang politik pegang bola sepak, dia hanya pandai cakap .Tapi jika orang perniagaan ia akan buat pasukan menjadi terkenal dengan kejayaan dan kekayaan.



1 ulasan:

  1. Not into politics. But whoever rules with Islam as a base and guidelines, I follow heartfully. (^.^)

    BalasPadam