Sabtu, 5 Mac 2011

Petua Imam Shafei

                  




Empat Perkara menguatkan Badan
  • Memakan daging
  • Memakai Haruman/wangian
  • Kerap Mandi
  • Berpakaian dari Kapas

Empat Perkara Melemahkan Badan
  • Banyak Berkelamin (hubungan seks)
  • Selalu Cemas
  • Banyak Minum Air Semasa Makan
  • Banyak Makan Bahan Yang Masam

Empat Perkara Menajamkan Mata
  • Duduk Mengadap Kiblat
  • Bercelak Sebelum Tidur
  • Memandang yang hijau
  • Memakai Pakaian Yang Bersih
Empat Perkara Yang Merosakkan Mata
  • Memandang Najis
  • Melihat Orang dibunuh
  • Melihat Kemaluan
  • Membelakangi Kiblat
Empat Perkara Menajamkan Fikiran
  • Tidak Banyak Berbual Kosong
  • Selalu Bersugi (gosok gigi)
  • Bercakap Dengan Orang Soleh
  • Bergaul Dengan Ulama

Empat Cara Tidur
  • Tidur para Nabi-Tidur Terlentang Sambil Berfikir Tentang Kejadian Langit dan Bumi
  • Tidur Ahli Ulama-Miring ke Sebelah Kanan Untuk Mudah Terjaga Untuk Solat Malam
  • Tidur Para Raja Yang Haloba-Tidur Sebelah Kiri Untuk Mencernakan Makanan Yang Banyak Dimakan
  • Tidur Syaitan-Menelungkup/Meniarap Seperti Tidurnya Ahli Neraka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan