Semalam ada seorang eksekutif ada menceritakan tentang kaum maya yang sebelum ini aku sendiri pun tak tahu apakah sebenarnya kaum maya.Disebabkan tertarik dengan cerita itu,aku terus mencari sumber untuk dikongsikan bersama dengan kawan-kawan.Fakta penemuan telah ditemui Kalamnurani.com bagi menyiapkan karya 2012 Di Ambang Amargeddon.Ada 20 perkara pelik,aneh,misteri dan ada yang menceritakan tanda-tanda akhir zaman yang ditelah diceritakan oleh Al-Quran dan Hadith.
- 2012 arahan Roland Emmerich bukanlah satu-satunya filem Bolkbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For Souls arahan Micheal Bay (pengarah filem Transfomers) menanti atau ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya. Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens, dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya ini?
- Dalam filem 2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut.
- Yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
- Kaum Maya telah mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
- Ada sebuah Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur.
- Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
- Imam Mahdi dikatakan akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada hadis sahih mengenainya).
- Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika) dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
- 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
- Tarikh sebenar berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22 Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
- Munculnya The Shining One. Satu tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012?
- Berlaku perubahan era transisi spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku transisi spiritual.
- Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi.
- Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah presiden Amerika terakhir
- 5 filem kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah Terminator (kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
- Alien akan turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan penafsiran corp cicrles.
- Sebuah negara baru akan muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
- Nostrdamus meramalkan akan berlaku perang dunia ke III.
- Bible code ms 85. Ada mesej tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha Yitzahak Rabin (nama pembunuh Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan menghentam bumi.
- Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemsunahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan