Selasa, 28 Disember 2010

Bagaimana untuk menjadi Jutawan

Hampir 2 minggu aku membaca buku bagaimana untuk menjadi seorang jutawan tulisan Adam Khoo seorang Jutawan dari Singapura.Apa yang dapat dikongsi dengan pembaca-pembaca blog ini adalah bukan susah sebenarnya untuk jadi jutawan tetapi memang susah untuk jadi jutawan.Faham tak maksud yang hendak aku sampai dalam ayat terakhir tadi.Kalau tak faham boleh tanya di lain masa,.percuma je.

Untuk menjadi seorang jutawan kita perlu mempunyai beberapa  tabiat yang perlu kita amalkan seperti yang telah diamalkan oleh jutawan-jutawan seluruh dunia.Tabiat-tabiat yang diamalkan oleh jutawan memang bercanggah betul dengan kehidupan aku hari ini, mungkin sebab itulah aku tak dapat jadi seorang jutawan.Di sini aku senaraikan beberapa tabiat yang perlu kita patuhi jika ingin menjadi seorang jutawan.


  1. Sentiasa lalukan yang lebih baik dari apa yang diharapkan
  2. Bersikap Proaktif
  3. Bertanggungjawab 100%
  4. Memperlambatkan Kepuasan
  5. Lakukan apa yang kita minati
  6. Memili Integriti
  7. Memberi 100% kesungguhan
  8. Keupayaan mengubah kegagalan menjadi kejayaan
  9. Hormati dan sayangi wang

Sudahkan anda semua telah memenuhi tabiat tersebut? kalau belum, kita masih belum terlambat.

2 ulasan:

  1. Assalam...

    Ramai yg telah mencuba tetapi sememangnya ia tidak semudah sebagaimana yg jutawan2 itu katakan meskipun tabiat itu ada dalam diri mereka.Apapun selamat mencuba & teruskan usaha utk menjadi jutawan.

    BalasPadam