Isnin, 1 November 2010

Abah Ke Stadium Buat Kali Terakhir




(Tiket Terakhir Arwah Abah)


Setelah kejayaan pasukan Kelantan membawa balik Piala Malaysia ke bumi Kelantan, teringat aku semasa arwah abah ada dulu.Aku bersama arwah abah dan adik-adik selalu ke stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu.Arwah abah aku dulu terlalu minat dan cinta dengan bola sepak Kelantan.Tak kira hujan atau panas, menang atau kalah, kami akan ke stadium.

Aku masih ingat, pada tahun 2000 ketika kelantan melawan kedah, itulah kali terakhir arwah abah melihat perlawanan bola sepak.Setelah perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1,aku ke tempat parking kereta dan menunggu arwah abah.Masa tu kereta parking  di depan pintu keluar,biasalah di stadium Kota Bharu parking tak tentu menyebabkan ramai ternanti-nanti untuk keluar.Aku gelisah kenapa arwah abah tak muncul-muncul.Selepas beberapa minit,arwah abah datang dan mengatakan dia pergi sembahyang Isyak.

Semasa dalam perjalanan,arwah abah ada bertanyakan aku,macam mana dengan pasukan Kelantan sekarang ni.Berapa mata dah Kelantan dapat?, lepas ni jumpa pasukan mana plak?, ada harapan tak pasukan Kelantan untuk pergi jauh.Daripada semua soalan tu,aku jawab dengan besungguh-sungguh dengan harapan pasukan Kelantan akan mencapai kejayaan.Abah juga ada memberitahu aku dan adik-adik, kalau Kelantan ke Akhir Piala Malaysia kita akan ke Kuala Lumpur katanya.

Bila sampai depan rumah nenek untuk menghantar bapa saudara yang kebetulan pergi ke stadium sama-sama, arwah abah mengadu sakit dada.ketika tu masih lagi dalam kereta.Aku menggosok dada arwah abah dan mengajak dia naik dulu ke rumah nenek.Setelah naik rumah nenek, aku melihat abah macam dah tak terdaya dan matanya nak macam melihat ke langgit.Disaat-saat genting itu, arwah abah sempat menyuruh aku menyimpan barang-barang berharga yang ada padanya seperti jam,cincin,IC,duit dan sebagainya.

Setelah aku melihat abah yang nampak tenat,aku terus membawa nya ke Hospital Tanah Merah.Dalam perjalan ke Hospital abah sempat memegang tangan aku dan berkata supaya membawa kereta dengan perlahan-lahan.

Setiba di Hospital,para kakitangan hospital terus membawa ke bilik kecemasan.Setelah pemeriksaan,doktor membuka ke semua alat bantuan penafasan dan mengatakan pada aku, jantung abah dah perlahan dan bolehlah ajar mengucap.

Semasa saat-saat terakhir, arwah abah berkata yang dia akan mati.Sambil menangis, aku mengajar abah mengucap dan aku bersyukur kerana sebelum menghembus nafas terakhir abah sempat mengucap dua kalimah syahadah.Tak lama kemudian,abah meninggalkan aku sekeluarga buat selama-lamanya.


Itulah saat-saat terakhir aku bersama abah,hari yang tak disangka-sangka, dalam keadaan penuh gembira balik dari stadium, abah pergi selamanya.....aku masih menyimpan tiket terakhir aku bersama arwah abah.Disini, buat kali pertamanya aku pamerkan tiket terakhir aku bersama abah.....

7 ulasan:

  1. Al-fatihah...sayunya saya dengar cerita ni...Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...Amin

    BalasPadam
  2. Sedih plop baca cerito nehh..
    Takziah eah :)

    BalasPadam
  3. sedih weh baca...sebab tu aku g sokmo stadium...setiap kali g mesti ake tengok tempat duduk terakhir tu....

    BalasPadam
  4. Untuk pengetahuan,rohaizad ini adalah adik aku.
    Dia ada bersama-sama ketika g stadium dan arwah abah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

    Ketika abah sakit tenat,Jak ada mencari ubat yang selalu abah bawa dan pada ketika itu ubat ada dalam kereta.Maut tak boleh ditahan walaupun sesaat membuatkan ubat yang Jak cari tak jumpa.

    Selepas kematian Abah,aku ada mencari ubat itu dan didapati ubat itu semamangnya ada dalam kereta.

    BalasPadam