Amat kecewa sekali, itulah perkataan yang diluahkan oleh rata-rata penyokong Kelantan apabila terpaksa berkongsi mata selepas terikat tiga sama ketika perlawanan menentang KL Plus di Stadium Sultan Muhammad -IV Kota Bharu tempoh hari.
Aksi lemah seawal babak pertama dengan kesilapan pertahanan Kelantan S.Subramaniam di hukum dengan jaringan pasukan pelawat untuk mendahului pasukan Kelantan 0-1.Selepas kesilapan itu,Jurulatih Kelantan menukarkan Subra dengan menggantikan Rizal Fahmi setelah pemainan Subra sungguh mengecewakan.
Sebelum permainan tamat di separuh masa pertama, Kelantan di hadiah sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain pertahanan KL Plus.Nor Sharul Idlan Talaha telah mengambil sepakan itu namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol KL Plus.Tidak sampai seminit, Kelantan di berikan sepakan percuma 30 meter dari kotak penalti.Detik itu lah Indra Putra berjaya menjaringkan gol penyamaan kelantan 1-1.
Bermula babak kedua,Kelantan menunjukkan kebangkitan apabila Badri Razi dimasukkan menggantikan Khairoza.permainan lebih pantas dan menarik dengan asakan-asakan yang merbahaya ke atas kubu KL Plus.Dengan asakan-asakan itu Kelantan telah berjaya menghasilkan gol ke-2 iaitu gol semangat yang telah -
dijaringkan oleh Indra Putra setelah kesilapan penjaga gol KL Plus yang melakukan kesilapan setelah tangkapannya muntah lalu ditanduk oleh Indra.Tidak lama selepas itu gol ke-3 Kelantan muncul setelah Akmal Rizal menanduk bola hantaran Badri Razi.
Setelah mendahului 3-1 pemain kelantan nampak seolah-olah terleka dan mungkin merasakan pihak lawan tidak dapat menjaringkan gol lagi setelah pemainan hampir tamat.Pada minit ke 90 dan 91 pemain KL Plus menghukum pemain-pemain kelantan apabila menjaringkan 2 gol
untuk memberi gol penyamaan pelawat.
Begitulah serba sedikit ulasan saya untuk perlawanan hari itu.Apa yang dapat berikan di sini,pemain telah bekerja keras untuk memenangi perlawanan itu cuma terlalu yakin telah membuatkan anak buah Sathia kecewa.Zaman bola sepak sekarang,walaupun mendahului dengan agak selesa,pemain tidak seharusnya leka atau bermain sambil lewa yang mungkin boleh membawa padah.Walaupun kita mendahului,kita tidak boleh bertahan tetapi harus terus menerus menyerang.Dengan serangan
secara automatik pihak lawan akan bertahan dan ini akan menyelamatkan pintu gol kita daripada di bolosi.
Apa yang saya rasa,sepatutnya Sathia bangun memberi arahan dengan mengarahkan pemain agar terus beraksi seperti biasa bukan bermain dengan tiang bendera di tempat sepakan sudut hanya untuk melengah-lengah masa.Ini telah menimbulkan rasa geram penyokong yang ingin melihat pasukan Kelantan menjaringkan gol lebih banyak lagi bagi mengukuhkan kedudukan di Liga Piala Malaysia.Ada juga penyokong menyalahkan Syed Adni,kerana sambil lewa dan tidak nampak kesungguhan dalam pemainan nya .
Sekarang ini terdapat segelintir penyokong mahu penjaga gol dan Sathia keluar
dari pasukan Kelantan.Bagi saya kita bagi peluang untuk kedua-dua orang ini bagi menunjukkan kebolehannya untuk membantu pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan