Khamis, 26 November 2015

SETELAH SEKIN LAMA

Setelah sekian lama tidak menulis kerana sibuk dengan urusan peribadi terutama kekangan belajar dan hari ini terpanggil untuk membuat sedikit coretan sebagai permulaan"welcome back".

Rabu, 6 Julai 2011

Bola Sepak Kelantan Terus Catat Sejarah



Sekali lagi pasukan bola sepak  Kelantan mencatat sejarah apabila dinobatkan selaku juara Liga Super 2011 setelah mengalahkan Sabah 2-1 pada perlawanan terakhir di Likas.Dengan kemenangan ini, Kelantan mengumpul 56 mata mengatasi Terengganu dengan 53 mata dan Selangor 52 mata.

Gol-gol Kelantan telah dihasilkan oleh penyerang berbisa masa kini iaitu Norshahrul Idlan Talaha.Lebih manis lagi kalau Norshahrul dinobatkan selaku pemenang Kasut Emas 2011.Bagaimana pun Norshahrul terlepas menjadi penjaring terbanyak liga apabila Abd Hadi Yahya telah menghasilkan 4 gol ketika membantu Terengganu menewaskan Felda United dengan jaringan 6-2.Abd Hadi Yahya menjaringkan 20 gol manakala Norshahrul 19 gol.

2011 adalah tahun gemilang buat pasukan bola sepak Kelantan telah memenangi Piala Sumbangsih, Piala Liga dan naib juara Piala FA.Pasukan Kelantan tidak boleh leka dengan apa yang sudah mereka perolehi sekarang kerana misi seterusnya ialah mengekalkan Piala Melaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.Syabas diucapkan pada Pasukan Bola Sepak Kelate.....

Ahad, 15 Mei 2011

Kapal Terbang Solar Pertama Di Dunia

Kapal terbang solar pertama yang diberi nama `Solar Impulse' sedang diuji dipangkalan udara di Switzerland.  Tujuan ujian, penerbangan ini ialah untuk membuktikan kapal terbang tersebut boleh terbang sepanjang hari dan malam dengan hanya menggunakan kuasa solar semata-mata.

Kapal terbang solar diasaskan oleh Andre Borschberg dan dipandu oleh  Bertrand Piccard. Pesawat ini  dilengkapi dengan panel solar tidak berat dari berat kereta salun mengenakan sayap pesawat Airbus A34, empat motor elektrik dengan kekuatan 10 kuasa kuda.


Rabu, 11 Mei 2011

Rasa Hilang Batu Yang Dipikul

Dah lama tak update blog ni kerana sibuk dengan kerja dan juga pelajaran.Hari ni aku rasa semua yang dipikul selama beberapa minggu hilang seperti membuang batu besar yang ada atas kepala.Tapi mungkin ini hanya sementara kerana perjalanan hidup masih panjang.

Dalam tiga minggu ni sibuk dengan peperiksaan.Semester ini aku mengambil subjek Sistem Elektronik,Statistik dan Teknologi Elektrik.Sistem Elektronik tak lah berapa susah kerana adalah sedikit tip-tip dari Doktor iaitu pensyarah yang mengajar.Statistik dan juga Teknologi Elektrik yang menjadi masalah kerana semuanya kena belajar disebabkan tiada tips.Disaat akhir subjek Statistik dapat juga aku cover tapi Teknologi Elektrik,sampai final exam tak boleh buat.

Belajar secara part time macam aku, inilah cabarannya.Bila kena cover semua bab dan nak ingat semua step pengiraan dah jadi buntu.Apa tidak nya,masalah kerja pun kena fikir, tiap kali nak belajar anak pulak buat hal dan banyak lagi.

Apa-apa pun semangat aku untuk terus belajar masih kuat.Dengan dorongan isteri aku harap semangat ini tidak akan hilang.Aku mahu terus mengejar segulung ijazah untuk memberi motivasi berpanjangan pada anak-anak bahawa ilmu harus dicari walau bagaimana cara sekali pun.....

Khamis, 21 April 2011

Teka-Teki hari ini

Lama tak update blog ni,jadi untuk mengisi ruang-ruang ini keluarlah satu teka-teki.Sesiapa yang sanggup untuk menjawab,silalah bagi jawapan.Soalannya berbunyi begini:-

Ahmad adalah seorang yang miskin tetapi teringin sangat untuk mendapatkan sepasang kasut.Harga kasut yang ingin dimiliki oleh Ahmad bernilai RM 97.00.Kerana kesian,jiran Ahmad iaitu En Ali memberi RM 50 dan En Abu memberi RM 50.Dengan adanya RM 100, Ahmad terus membeli kasut yang diidamkannya selama ni.Setelah membeli kasut,Ahmad telah menerima baki RM 3.00 dan terus membayar hutang En Ali RM 1.00, En Abu RM 1.00 dan Ahmad masih lagi ada RM 1.00.Persoalannya, Setelah Ahmad membayar hutang RM 1.00,baki hutang Ahmad pada En Ali RM 49.00 dan En Abu ialah RM 49.00.Jika dicampurkan RM 98.00 dan dicampurkan dengan duit yang masih lagi bersama Ahmad RM 1.00 sama dengan RM 99.00.Kemanakah lagi baki RM 1.00.

Selasa, 12 April 2011

Rahsia Kaabah dan No 1.618



Ini adalah satu lagi bukti menunjukkan kebesaran Allah S.W.T yang Maha Pencipta.Marilah sama-sama kita berfikir tentang kebesaranNYA.

Ahad, 3 April 2011

Gempa Bumi Di Kepulauan Fiji

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia ,satu gempa bumi telah berlaku pada3/4/2011 jam 10:07 waktu tempatan berhampiran kepulaun Fiji.Gempa ini berlaku pada Latitud 17.6 S dan Longitud 178.6 B.Gegaran yang telah dicatatan berukuran 6.4 pada skala richter dan dikategori sebagai gegaran yang kuat.Jarak gempa ini berlaku ialah 322 KM Timur Laut Suva,Fiji dan 7351 KM Tenggara Kunak,Sabah.